Wednesday, February 18, 2009

Test





Nate beruk tol! Hampeh!!! Kusangkakan aku dapat melakukan aktiviti bawah tanah dengan mengopy sewaktu test, namun ku hampa dan amat kecewa apabila sejurus ku melangkah ke dalam Lecture Theater @ Dewan Kuliah, pensyarah mengarahkan aku mengambil tempat di barisan paling hadapan. Malahan tempatku melabuhkan punggung itu sememangnye benar2 di hadapan batang idong beliau!
Mana x cuak beb! Kelas baru datang 2 kali dah ade test, notes aku pun macam buku 3 lima kedai babu je!

"Mampos aku!!!", bisik suara hatiku.

Walaupun heart rate aku pada masa itu hampir mencecah ke 200 bps namun aku tidak menunjukkan riak wajah ketakutan, kuteruskan langkahku secara perlahan2, bergaya dan bersahaja seperti kata pepatah melayu moden, 'kami x hot, kami cool....aww'.
Dimulakan dengan kalimah Bismillah, aku buka kertas soalan tersebut secara stylo.
Ah, sudah! Hampir kesemua soalan daripada 20 soalan adalah soalan teori semata-mata.
"~Ngeee~", suaraku bergema secara tiba2 ekoran kejadian tidak diingini itu.
Lantaran itu juga aku terus kehilangan momentum untuk terus berpura-pura cool.
Masa berlalu begitu pantas, biasalah kalau dah x prepare memang keinginan untuk mengusha toyol itu melonjak tinggi. Jiwaku meronta-ronta! Aku hilang tanpamu wahai toyol sakti!!!
AKU HILANG TANPAMU!!!!

Huh! Namun apakan dayaku, dengan kehadiran pensyarahku di hadapan mata, aku tidak mampu berbuat apa2. Selang setiap 12 saat beliau menoleh ke arahku bagi memastikan pelan jahatku untuk bertemu dengan toyolku tidak menjadi. Hukaloh, dah macam security officer la plak beliau!

KENAPA!!!????????!!!!!!!
Kenapa mesti aku yang harus menjadi sasaran kezaliman??
Kenapa mesti aku yang dipersalahkan??
Adakah kerana aku hidup dalam indie??
Tidak! Aku bukan budak indie! Aku bukan perenang! Aku bukan kanak2! Akulah juara!!!

Akibat kebohsanan tahap melampau aku menoleh ke barisan belakang.
Brengset!!! Memang heaven sungguh depa berkerjasama akan tetapi mereka sedikitpun tidak dihiraukan oleh security. Tak relevan sungguh! Jeles aku! ARRRGGGHHH!!!!!!!!
Semakin laju velocity heart rate aku tatkala itu. Nasib baik x kene hallucination.

Tinggal 20 minit sebelum masa tamat, aku balun secukup rasa seperti ikan masak 3 rasa semua soalan2 tersebut meskipun hakikatnya aku tahu tembakan aku tidak menepati kehendaknya.
Dengan secara bergaya ala-ala Noh Hujan, aku submit segala mak nenek kertas yang telah rakus kuconteng kepada security officer tadi.
"Dah siap? Cepatnyeee~, mesti best student ni....hackers giler!!", sayup2 aku terdengar bisikan puaka itu di kalangan meraka yang duduk di barisan belakang sambil beraksi seperti mesin fotostat. 
Tanpa menghiraukan mereka, seperti biasa aku terus melangkah keluar sambil buat muka hensem konon2 soalan tersebut tersebut terlalu mudah bagiku. Pada hakikatnya, hari itu memang malang bagiku yang bergelar seniman jalanan. Wawaawawa~

6 comments:

Anonymous said...

situasi ko mmg menyayat hati...
nsb baik ko x stay...
klu x pasti ko berada dalam dunia mawar khayalan...
kerana pagi itu aku rs mungkin pagi yang gelap bg ko...

Anonymous said...

ala bru test blum final exam lg...
jahanam..nape ko xg toilet..de toyol kan kt citu

whutdaheck on February 19, 2009 at 9:44 PM said...

test xpyh dtg pon xpe kan...

boleh re-test...

kita kan ada supik sbg idola...

burungmurai on February 19, 2009 at 9:51 PM said...

hidup ini ujian...
ujian itu untuk hidup..
saling berkait walaupun keduanya sukar dan payah..
baik ko jd mat alip...
sng je hdp andai ade ujian atau x dia sentiasa gembira...

haidan on February 19, 2009 at 10:55 PM said...

dah datang nyebok kat sini....
muahahha...

haidan on March 30, 2009 at 1:47 AM said...

salam.hep!sayep da tuka url blog,dari

http://miznad.blogspot.com/
(moh meraban)

ke http://misolated.blogspot.com/ (isolated)..

sorry 4 d troubles!!huhu!

 

ayuh meramaikan blog Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template