Wednesday, February 18, 2009

Test

6 comments



Nate beruk tol! Hampeh!!! Kusangkakan aku dapat melakukan aktiviti bawah tanah dengan mengopy sewaktu test, namun ku hampa dan amat kecewa apabila sejurus ku melangkah ke dalam Lecture Theater @ Dewan Kuliah, pensyarah mengarahkan aku mengambil tempat di barisan paling hadapan. Malahan tempatku melabuhkan punggung itu sememangnye benar2 di hadapan batang idong beliau!
Mana x cuak beb! Kelas baru datang 2 kali dah ade test, notes aku pun macam buku 3 lima kedai babu je!

"Mampos aku!!!", bisik suara hatiku.

Walaupun heart rate aku pada masa itu hampir mencecah ke 200 bps namun aku tidak menunjukkan riak wajah ketakutan, kuteruskan langkahku secara perlahan2, bergaya dan bersahaja seperti kata pepatah melayu moden, 'kami x hot, kami cool....aww'.
Dimulakan dengan kalimah Bismillah, aku buka kertas soalan tersebut secara stylo.
Ah, sudah! Hampir kesemua soalan daripada 20 soalan adalah soalan teori semata-mata.
"~Ngeee~", suaraku bergema secara tiba2 ekoran kejadian tidak diingini itu.
Lantaran itu juga aku terus kehilangan momentum untuk terus berpura-pura cool.
Masa berlalu begitu pantas, biasalah kalau dah x prepare memang keinginan untuk mengusha toyol itu melonjak tinggi. Jiwaku meronta-ronta! Aku hilang tanpamu wahai toyol sakti!!!
AKU HILANG TANPAMU!!!!

Huh! Namun apakan dayaku, dengan kehadiran pensyarahku di hadapan mata, aku tidak mampu berbuat apa2. Selang setiap 12 saat beliau menoleh ke arahku bagi memastikan pelan jahatku untuk bertemu dengan toyolku tidak menjadi. Hukaloh, dah macam security officer la plak beliau!

KENAPA!!!????????!!!!!!!
Kenapa mesti aku yang harus menjadi sasaran kezaliman??
Kenapa mesti aku yang dipersalahkan??
Adakah kerana aku hidup dalam indie??
Tidak! Aku bukan budak indie! Aku bukan perenang! Aku bukan kanak2! Akulah juara!!!

Akibat kebohsanan tahap melampau aku menoleh ke barisan belakang.
Brengset!!! Memang heaven sungguh depa berkerjasama akan tetapi mereka sedikitpun tidak dihiraukan oleh security. Tak relevan sungguh! Jeles aku! ARRRGGGHHH!!!!!!!!
Semakin laju velocity heart rate aku tatkala itu. Nasib baik x kene hallucination.

Tinggal 20 minit sebelum masa tamat, aku balun secukup rasa seperti ikan masak 3 rasa semua soalan2 tersebut meskipun hakikatnya aku tahu tembakan aku tidak menepati kehendaknya.
Dengan secara bergaya ala-ala Noh Hujan, aku submit segala mak nenek kertas yang telah rakus kuconteng kepada security officer tadi.
"Dah siap? Cepatnyeee~, mesti best student ni....hackers giler!!", sayup2 aku terdengar bisikan puaka itu di kalangan meraka yang duduk di barisan belakang sambil beraksi seperti mesin fotostat. 
Tanpa menghiraukan mereka, seperti biasa aku terus melangkah keluar sambil buat muka hensem konon2 soalan tersebut tersebut terlalu mudah bagiku. Pada hakikatnya, hari itu memang malang bagiku yang bergelar seniman jalanan. Wawaawawa~

Wednesday, February 11, 2009

TIGA HARI DUA MALAM BERSAMA SUPIK

6 comments

Tanggal 10 Februari 2009 merupakan tarikh keramat bagi insan kerdil sepertiku ekoran lawatan mengejut Ayah Kawasan Damai, Supik(bukan nama sebenar) ke kediaman rasmiku di Republik of Babu ( nama kawasan tidak terdapat dalam peta dunia ) .
Seperti biasa, sebagai tanda menghormati ayah kawasan yang angkuh itu, kami dikerah untuk menjemput beliau di stesen bas dengan menaiki kereta abang iparku, jepto (bukan nama sebenar).
Alhamdulillah perjalanan kami ke stesen bas selama 5 minit berjalan dengan lancar. Setibanya di stesen bas, aku seakan bingung kerana Supik yang dicari tidak kutemui. 
Kutoleh kiri x nampak, kutoleh kanan pon x nampak jgk...pepek giler!!!
Lantaran itu, ku ukirkan sebuah puisi indah bagi menjelaskan situasi aneh yang kutempuh itu...
Supik ko hilang~ 
Di pandangan~
Lalalala~
Andai tertutup~
Tirai Supik~
Lalalalal~
"Hah, tu die! ", teriak The Mueh( bukan nama sebenar). Aku tersentap!
Kujulurkan kepalaku dan  memandang ke luar tingkap.
Kulihat kelibat seseorang yang seakan Supik tersengih dengan gaya2 gampangnya.
"Sah! memang Supiklah tu!", ujar The Mueh secara konfiden lebih.
Aku tercengkeduk seketika kerana Supik kelihatan sudah susut 100 gram.
Mungkin kerana perihal itulah aku sukar untuk mengecam Beliau  pada permulaannya kerana telah hampir tiga purnama aku tidak ketemu beliau.
Setelah selesai bersalam cangkuk dengan beliau, kami pun membawa beliau pulang ke kediaman rasmiku. Jelas sekali lawatan Supik ke Republik of Babu dialu-alukan oleh penghuni tempatan.
Antara yang bertegur sapa Supik secara penuh keikhlasan dan kasih sayang ialah Abang Sam (bukan nama sebenar). Supik merasa bangga... cibai giler!
Supik siap nak follow Abang Sam pegi Gym tu....mcm pantek je Supik!
Antara aktiviti2 yang dilakukan oleh Supik bersama kami ialah membahan rakan2 lama sehingga larut malam.Amboi, bukan main suka lagi Supik......aww!
Seterusnya mengorak langkah ke tanjung karang untuk bermain sukan terkemuka di kalangan remaja masa kini, Futsal.
Kelibat Supik berjaya mencuri tumpuan tatkala seringkali melakukan pelbagai aksi lucah di court futsal. Boleh dikatakan malam itu kami berbangga kerana dapat bersama-sama Supik enjoy bermain futsal di samping mengeluarkan peluh. 
Di akhir perlawanan dapat ku perhatikan bahawa Supik telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 49 gram. Satu pencapaian yang agak memberansangkan. 
Keep up the good work, Supik!!!
Oleh kerana telah larut malam, Supik telah decided untuk menumpang tidur di Republik of Babu. Pada malam berikutnya Supik & rakan2 lamenye Badak Gala dan The Mueh (bukan nama sebenar) telah melakukan aktiviti menggosip sehingga pukul 5 pagi. Antara topik paling hangat diperkatakan ialah tingkah laku Baudoh (bukan nama sebenar) yang gemar post blog sehingga hampir 70 blog yang dipost pada satu hari. Bukan itu sahaja, malahan kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh Baudoh ketika menulis blog juga turut mencuri tumpuan bagi menghiburkan hati Supik dan rakan2 kurang upaya beliau.hahaha
Aku yakin Supik amat berpuashati dengan lawatan beliau kerana kitorg memang fun.
Semoga Supik tidak meninggalkan sial setelah mengadakan lawatan 3 hari 2 malam di Republik of Babu............Selamat Tinggal Supik!

Monday, February 2, 2009

Introduction Untuk Memulakan Perbualan

2 comments


Rata-rata masyarakat Malaysia dewasa ini pernah@sering melakukan aktiviti berchatting tidak kira samada di msn, ym, bearshare, putera faisal dan pelbagai mak nenek kemudahan yang disediakan.
Walaubagaimanapun, somehow jika anda seorang yang peka, adakah anda perasan bahawa setiap kali intro nak kenal org je mesti soalan2 yg same je ditujukan,
For example, " name ape? asal mne? stdy lg ke? x tido lagi? baru on9? mintak no. telefon.. "
Tapi yg paling menggelikan benak hati Beta ialah terdapat segelintir masyarakat yang menggunakan perkataan-perkataan yang hampir unik semata-mata untuk menjadikan aktiviti mereka lebih interesting terutama di kalangan remaja gatal...

Antara contoh perkataan-perkataan tersebut ialah " jewk, pew, mnew, kew "
Dan perkataan tersebut diaplikasikan dalam ayat :
1) watpew tue?
2) sihat kew?
3) stdy kt mne jewk?
4) dok mnew?

Hahahaha, aku yang taip ni pon geli geleman bulu ketiak dibuatnye....setan betol!!! hahaha!!!!

Memang jarang sungguh seseorang itu memulakan aktiviti tersebut dengan bertanyakan perkara-perkara seperti berikut : 
1) mak sihat?
2) sehari berapa kali anda spent quality time dengan family anda?
3) sewaktu pilihanraya, apakah jenisan-jenisan parti yang anda vote?
4) UPSR dulu dapat berapa A?

Lantaran kebosanan tahap Astro Megadarama, daku telah mengambil keputusan untuk menerjah ayat2 baru yang digunakan oleh member2 ku dalam memulakan perbualan.
Berikut merupakan antara ayat-ayat introduction baru yang mungkin anda boleh gunakan sebagai panduan untuk memperbaharui gaya anda berchatting jika anda mula merasakan bahawa cara anda selama ini agak ketinggalan malah membosankan serta menjijikkan
hahaha.....

1) meow meow
2) ding dong, ade orang x kt umah?
3) sayang awk, rindu awk
4) astaghfirullahal azim....cantiknye makhluk ciptaan tuhan ni....bole kenal?
5) woi! ape woi woi? xde name ke!
6) ngeeee~
7) beg duit sy tercicir la, awk ade nmpak x?
8) hai, jom buat lawak
9) anuar! mane ko? kuar skang!hahahaha!

Kesimpulannya, tidak kira apa jenis intro yang anda gunakan sekalipun anda tetap menghiburkan mereka yang berbual dengan anda jika anda seorang yang peramah, tetapi jika anda seorang yang ~shengal~ dan ~sombong~, anda tetap membosankan meskipun ada diberikan tips2 berbual oleh David Letterman sendiri!
Renung-renungkan, selamat beramal~
 

ayuh meramaikan blog Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template