Monday, August 24, 2009

BoHsaN DaN MeMbOHsAnKaN


Hari ini merupakan hari pertama untukku pergi ke kelas secara berpuasa pada semester ini.
Tepat jam 8:30 loceng yg telah aku tetapkan masanya berbunyi secara ganas. Namun oleh kerana aku sedang dibuai mimpi indah, aku meneruskan pergelutan dalaman dan seraya itu aku memilih untuk meneruskan tidur. Selang beberapa ketika aku bangkit semula. Kulihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 10:20 pagi. Wtf**** aku ada kelas pukul 10:30 dan aku masih belum membeli sebarang peralatan menulis walau sekelumit pensel sekalipun. Dengan rakus aku engsotkan diriku menuju ke tandas untuk membuat "pelaburan". Sudah menjadi lumrah bg diriku untuk membuat "pelaburan" bijak sebelum memulakan kegiatan harian. Selesai bersiap2, aku bingkas mencapai helmet justeru itu terus menghidupkan enjin motosikal 4 lejang aku menuju ke kedai alat tulis mualaf. Berbekalkan sekeping buku nota dan sebatang pena mata biru terbitan syarikat Stabilo aku menuju ke fakulti untuk menghadiri kelas pertamaku yg terletak di LR35. Sesampai di fakulti, dengan muka hensem aku parking kapcai aku di claster yg disediakan oleh pihak penganjur tempatan. Kemudian aku meneruskan perjuangan mencari dimanakah letaknya kedudukan kelas aku. Dengan langkah itik, kepala mendongak ke atas dan mendada aku mencari kelasku dengan muka riak seolah-olah macam bagus je aku ni. Maklumlah sudah menghampiri 4 tahun tempoh aku telah berada di institusi pengajian aku ini. Terasa macam Super-Senior plak. Suasana di fakulti agak seram sejuk serta sunyi sekali sehinggakan aku mampu untuk mendengar bunyi degupan jantung tukang kebun di fakulti sebelah yg terletak sejauh 2 miles. Seperti yg kusangkakan, sampainya aku di hadapan kelas pintu kelas kulihat tiada secebis makhluk bernyawa pon yg berada di situ. Yang kudapat lihat hanyalah alga2 yg berterbangan ditemani embrio2 kutu serta fetus2 kuman. Malah tidak lupa juga kulapuk yg terdapat di segelintir meja. Merasakan banyak masa terluang, aku pun menuju ke tempat lekatnya jadual2 kelas bagi pelajar fakulti tersebut. Terpesona kulihat kesan koyakkan jadual semester ini yang masih fresh dan berbau harum. Di celahan sayup-sayup mataku terlihat seorang negro berambut kerinting sedang cuba menyalin jadual kelas daripada bahagian jadual kelas tidak lengkap yang telah aku koyakkan semalam. Dek rasa bersalah, aku pun memberitahunya, "Looking for class timetable? You can check it at the other board over there, its completely the same", katatu sambil menggoyang-goyangkan jari telunjuk menunjukkan papan memo yang mengandungi jadual2 lengkap semester ini berhampiran yang masih belum kukoyakkan lagi jadual2nya. Hatta, dengan itu aku pun kebelakang pusing dan berjalan pulang. Satu lagi hari yang boring dalam hidupku.

0 comments:

 

ayuh meramaikan blog Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template