Sunday, August 30, 2009

DIALOG SUAMI ISTERI



Anda teringin sangat nak berpoligami? Tetapi sanggup ke isteri anda bermadu tiga?


Berdebatlah dulu untuk mendapat jawapan yang menyakinkan.


Jika tidak, silap haribulan anda bakal menjadi mencetus perang besar yang mana diakhirnya kekalahan pasti jatuh ke tangan anda. Ada berani?




Al-kisah seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.




Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah


Isteri : Kenapa pula?


Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two,
“tiga”. Isteri (is three). Baru betul dan sah!


Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan

“plural”



Suami : Berkenaan apa tu?


Isteri : Satu tu “Singular“; dua atau lebih “Plural”


Suami : Contohnya?


Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?


Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural


Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang


Suami : Macam mana pula boleh sama?


Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang

MAMPUS, tambah “s” je, kan ?



Lepas daripada tu, si suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi.

0 comments:

 

ayuh meramaikan blog Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template